بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


11 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah! | Jerawat satu perkara yang dialami oleh semua orang. Tak kira lelaki atau wanita. Tapi, walaupun ianya biasa, tapi tetap boleh menjadikan diri kita kurang berkeyakinan nak berhadapan dengan orang lain bila ada jerawat yang tumbuh di wajah. Maluuu... 

Jerawat biasanya akan hilang sendiri jika kita tak usik dan belek dia dengan kerap... Tapi tangan biasanya gatal nak je picit kan bila jerawat tu membesar dan matang. 

Jadi, apa kata kita cari cara untuk hilangkan jerawat dengan cepat dan mudah... Biar dia kecut sendiri tanpa tangan yang gatal nak picit kan... 

Bahan-bahan semulajadi ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.

11 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah!

1. Pes serbuk kunyit

Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

2. Jus daun pudina

Kisar daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3. Jus buah lemon

Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas atau kapas muka,  tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. Bawang putih

Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.

Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

5. Ubat gigi

Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

6. Wap panas

Letak air panas dalam bekas atau besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas.
Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

7. Pek ais

Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

8. Pes serbuk kayu manis

Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.
Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

9. Kulit buah oren

Kisar  kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

10. Madu

Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat. Pastikan madu asli.

11. Jus timun

Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya. Yang ni kena amal... Baru berkesan.

Mudah kan?

11 cara hilangkan jerawat dengan mudah ini boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi. Takde kesan sampingan yang memudharatkan. Insha Allah.

Apa pun, pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tak cepat timbul.
Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.

Semoga bermanfaat.

0 Ulasan