10 Aktiviti Anak Untuk Asah Skill Motor Halus
10 Aktiviti Anak Untuk Asah Skill Motor Halus | Skill motor halus ni sangat penting sebab ia melibatkan penggunaan halus otot-otot kecil
yang mengawal jari & tangan.
Skill ni untuk membolehkan anak kita kuat
untuk menulis, memotong, guna gunting dengan betul, menyuap makanan, memakai butang baju,
zip baju atau seluar, dan lain-lain.
Ibu bapa boleh latih sendiri di rumah untuk tanamkan Skill ini.
10 Aktiviti Anak Untuk Asah Skill Motor Halus
Antara 10 aktiviti yang boleh ibu bapa buat
dengan anak untuk mengasah skil motor halus.
1. Tracing atau melakar.
Bagi anak trace atau lakar mengikut garisan
yang kita buat. Boleh juga buat garis putus-putus
dan minta anak sambungkan.
Ini bagus untuk otot jari dan tangan serta daya fokus anak.
2. Susun ikut bentuk
Lukis garisan berombak, minta anak susun butang di atas garisan tu.
Bila anak guna hujung jari untuk ambil butang tu, ianya melenturkan otot jari & tangan anak.
3. Main doh atau clay.
Bermain doh atau clay ialah salah satu terapi untuk jari & ibu jari.
Biar anak menguli doh tersebut.
Buat pelbagai bentuk dengan jari. Menekan dengan acuan.
Anak juga pasti seronok!
4. Main pasir!
Pasir sangat bagus untuk rangsang otot jari
dan tapak tangan. Kalau tak dapat ke pantai,
guna je pasir kinetik. Mudah kan.
Ajak anak buat istana pasir pasti oh-sem!
5. Bermain “busy kit”
Sejak kebelakangan ni, konsep busy kit ni sangat terkenal.
Macam-macam aktiviti menarik boleh buat
dan boleh di bawa bersama ke mana saja.
Anak belajar mengikat tali kasut, belajar membuka zip, membuka suis & macam-macam lagi.
6. Rantai beads
Sediakan beads dan benang atau tali.
Ajak anak masukkan beads ke dalam nya.
Wow.. sambil asah skil dapat rantai cantik!
7. Lacing
Buat bentuk pada kertas keras lepas tu tebuk lubang disekelilingnya.
Minta anak masukkan tali ke dalam lubang. Aktiviti ini melatih menggunakan jari
dan juga koordinasi mata dan tangan.
8. Menampal kertas atau sticker
Buat kolaj bentuk apple. Minta anak tampal kertas di dalam bentuk sehingga penuh.
Atau tampal menggunakan sticker.
9. Kategorikan objek kecil.
Gunakan butang, beads atau pompom minta anak susun ikut warna atau size.
10. Menggunakan penyepit.
Sediakan benda-benda kecil seperti pom pom,
minta anak pindahkan pom pom itu dari satu tempat ke tempat lain menggunakan penyepit.
Aktiviti ni menggalakkan penggunaan jari & tangan.
Musim Covid-19 ni boleh lapangkan waktu untuk buat aktiviti dengan anak-anak...
0 Ulasan