Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit
Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit | Pencuci muka adalah asas paling mudah dalam penjagaan kulit wajah wanita.
Walaupun anda bukan seorang yang suka make up, tapi pastinya secara asas kita akan mencuci muka kita paling kurang sehari 2 kali.
Namun, tahukah anda, mencuci muka ada kalanya menjadikan kulit wajah menjadi lagi teruk. Berjerawat, berjeragat atau tona kulit tidak sekata kerana salah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kita.
Dengan itu, sedikit panduan dan tips untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Cara Mudah Kenal Pasti Jenis Kulit
Buat ujian ini untuk pastikan jenis kulit anda dengan tepat. Langkah ini mudah saja:
- Cuci muka betul-betul dengan pencuci muka biasa dan keringkan guna tuala.
- Biarkan muka polos selama sejam ke tiga jam. Ingat! Jangan sentuh pun kulit muka tu.
- Sehelai tisu bahagikan kepada 4 bahagian. Lekatkan pada dahi, hidung, dagu dan mana-mana pipi.
- Lepas beberapa ketika, check satu-satu apa jadi dekat tisu tadi.
- Kulit Kering : keempat-empat tisu akan jatuh dan tak ada kesan minyak pun.
- Kulit Normal : tisu tadi melekat beberapa saat, sebelum luruh dan tiada kesan minyak.
- Kulit Berminyak : tisu melekat pada kulit dan ada kesan minyak padanya.
- Kulit Kombinasi : tisu cuma melekat pada dagu dan hidung atau dahi dan ada sedikit kesan minyak.
Baik, apabila dah kenal pasti jenis kulit muka kita, sekarang, jom cari dan pilih pencuci muka yang sesuai.
Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit
Pencuci muka untuk kulit normal
Pencuci muka untuk Kulit Berminyak
Cari pencuci muka yang berasaskan air atau mempunyai tekstur gel yang ringan. Tekstur gel yang tebal akan membuatkan kulit jadi lebih berminyak dan liang pori kulit tersumbat.Penting untuk memilih produk pencuci yang bukan sekadar menghilangkan minyak dan kotoran pada kulit wajah, malah mengekalkan kelembapan kulit semulajadi.
Tak bagus sekiranya kelembapan kulit wajah sama terhakis semasa mencuci. Kehilangan kelembapan semulajadi pada kulit ini boleh menyebabkan lebih banyak sebum dihasilkan dan kulit jadi lebih kering.
Pilih juga produk pencuci wajah yang non komedogenik, jenis menghidrat yang dapat mengurangkan penghasilan sebum tanpa mengering kulit wajah.
Pencuci muka untuk kulit kering
Pencuci muka jenis lembut dan ringan malah bebas sabun, adalah yang paling sesuai. Kerana ia tidak akan membuatkan kulit wajah jadi terlalu kering.Cuba pegang kulit wajah sebaik mencuci. Jika kulit terasa tegang dan tidak selesa selepas mencuci, bermakna pencuci itu tidak sesuai.
Segera pilih pencuci yang lebih lembut dan mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Pencuci muka untuk kulit kombinasi
Kalau melihat semua panduan di atas, penulis mengesyorkan pencuci muka Cetaphil.

Ini bukan iklan berbayar ya... tapi penulis sendiri pernah mencuba pencuci Cetaphil ini... Sangat lembut dan tidak mengeringkan.
Dan sangat sesuai juga bagi kulit yang alergik dan mengalami iritasi.
Semoga bermanfaat.
0 Ulasan