بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Cara Nak Tackle Hati Perempuan Yang Kaum Lelaki Kena Tahu | Perempuan atau wanita satu makhluk Allah yang dicipta dari rusuk Adam. Diciptakan wanita berbeza sifat, emosi dan fizikalnya berbanding lelaki.

Walaupun berbeza, wanita dan lelaki saling memerlukan kerana itu fitrah yang Allah ciptakan.

Wanita makhluk beremosi yang kadangkala sukar difahami. Tapi sebenarnya tak susah nak faham wanita dan nak tackle hatinya jika kena dengan caranya.

Cara Nak Tackle Hati Perempuan

9 Cara Nak Tackle Hati Perempuan Yang Kaum Lelaki Kena Tahu
9 Cara Nak Tackle Hati Perempuan Yang Kaum Lelaki Kena Tahu


#1 Berikan perhatian dan kasih sayang

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. 
Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. 

Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. 

Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada  orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 

#2 Gunakan teknologi

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. 

Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 

#3 Berkongsi masalah

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.  

#4 Jangan remehkan

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. 

Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.  

#5 Manja

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. 

Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.  

#6 Bijak memujuk

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.  

#7 Beri pujian

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.  

#8 Bincang dengan hikmah

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 

#9 Jangan guna kuasa veto

Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. 

Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.  

Jangan lupa, perempuan juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. 

Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. 

Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. 

Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!   

Wanita ni sifat semulajadinya adalah lembut hati. Jika dengan cara dan gayanya kita melayan mereka, mereka akan mudah patuh dan ikut kita.

Sifat Perempuan Berdasarkan Hadis:

“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah  para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

Cara beri nasihat kepada wanita

“Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang  paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”.

[Riwayat al-Bukhari, kitab hadis-hadis berkaitan Nabi, bab penciptaan Adam dan keturunannya, no. hadis: 3083, kitab al-Nikah, bab Wasiat Untuk Wanita, no.hadis 4787]

0 Ulasan