بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

16 Jenis perancang keluarga yang berkesan! | Hidup berkeluarga yang ramai memang seronok dan meriah. Tapi walaupun begitu, kita bukanlah binatang yang kerjanya buat anak je kan.

Sebagai manusia, kena ada perancangan... dalam keluarga juga kena merancang.

Biasanya di Malaysia, kaedah merancang keluarga akan ditanya oleh pihak doktor selepas kelahiran anak pertama.

Jarak yang sesuai untuk merancang ialah minimum 2 tahun. Sangat tak digalakkan mengandung dan bersalin dalam jarak setahun seorang.

Jadi, beberapa jenis perancang keluarga yang berkesan akan dicadangkan kepada pasangan suami isteri dalam merancang kehamilan.

16 Jenis perancang keluarga yang berkesan!

16 Jenis perancang keluarga yang berkesan!
16 Jenis perancang keluarga yang berkesan

1. Cara semulajadi – mengira waktu subur wanita

Mengira dan mengenali waktu subur adalah 76-88% berkesan sebagai cara mencegah kehamilan.
Namun, cara ini tidak mampu melindungi anda dari penyakit STD. Dalam cara ini, anda perlu mengelak berhubungan seksual ketika waktu subur.

Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid biasa seperti 28 hari adalah pada hari ke-8 hingga ke-24.

Selain itu, cara lain untuk mengesan waktu subur adalah melihat cecair yang keluar dari faraj.
Ketika subur, cecair biasalah lebih jernih seperti putih telur.

Cara mudah menggunakan kaedah mengambil suhu badan, dan juga OPK Test. Dan lebih mudah, guna aplikasi di smartphone anda.

2. Perancang keluarga jenis implan

Perancang keluarga jenis implan mengandungi progesterone. Progesterone ini akan menebalkan mukus servik dan menghalang sperma dari berenang masuk.

Ia akan dimasukkan ke bawah kulit di bahagian lengan. Kaedah perancang keluarga ini 99% berkesan dan boleh bertahan sehingga 4 tahun.

Tapi, kesannya bergantung kepada individu. Ada yang tidak datang haid sepanjang tempoh memakai implan. Dan ada juga tidak memberi kesan negatif.

Namun, kebanyakan kaedah ini selamat dan berkesan tanpa kesan negatif yang ketara.

Kos untuk memasak Implan ini, antara RM500 hingga RM800 di kebanyakan klinik swasta dan juga klinik LPPKN.

3. Perancang keluarga jenis tampal


Perancang jenis ini antara yang paling mudah dan murah untuk didapatkan. Ia mampu menghalang sperma bersenyawa dengan telur.

Sama seperti perancang keluarga yang lain, cara mencegah kehamilan ini berfungsi dengan merembeskan hormon estrogen dan progestin yang akan menghentikan penghasilan telur.

Anda boleh menampal ia di perut, lengan, punggung atau bahagian belakang. Ia terbukti 91% berkesan.

Kaedah ini, kurang popular di Malaysia dan pastinya tak ramai tahu tentang ini.

4. Makan pil perancang keluarga


Cara mencegah kehamilan ini pula paling popular. Pil perlu dimakan setiap hari bermula pada hari pertama kitaran haid, hinggalah ke hari-21.

Kemudian, anda tidak perlu makan pil tersebut selama 7 hari (rehat). Jika dimakan dengan betul, tahap keberkesannya adalah 99%.

Ramai wanita memilih untuk menggunakan reminder bagi memakan pil ini agar tidak lupa.

Tapi, ada kesan sampingan jika ambil pil perancang melebihi 2 tahun.

Orang yang memang berdisiplin sesuai kaedah perancang keluarga jenis ini.

5. Cara mencegah kehamilan dengan suntikan


Kaedah suntikan pula menggunakan hormon progesterone. Anda perlu disuntik selama 2 bulan sekali dan perlu mendapatkan suntikan baru selepas 2 bulan.

Suntikan ini akan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari malah menghasilkan lendir yang pekat agar sperma tidak berjaya berenang.

Namun, ramai wanita yang mengadu mereka mengalami pendarahan yang tidak menentu gara-gara kaedah perancang ini.

Ada juga yang tidak datang haid selama mana ambil suntikan ini. Ada pula menyebabkan kenaikan berat badan yang ketara.

6. Perancang keluarga jenis span

Di Malaysia, kaedah perancang ini mungkin tidak terlalu popular. Ia adalah sejenis perancang keluarga yang menggunakan span untuk dimasukkan ke dalam vagina sebelum seks.

Span ini akan menjaga serviks dan mengandungi pembunuh sperma untuk mengelak kehamilan. Ia disertakan dengan tali untuk mudah ditarik selepas itu. ia hanya 76-88% berkesan

[Baca juga] Hukum Perancang Keluarga

7. Perancang keluarga jenis cincin


Perancang keluarga jenis cincin atau NuvaRing adalah sejenis perancang yang perlu dimasukkan ke dalam vagina juga. Ia kecil dan mampu menghalang kehamilan dengan merembeskan hormon.
NuvaRing mampu menghentikan sperma dari bertemu dengan telur.

Kaedah ini kurang diamalkan di Malaysia.

8. Menyusu sebagai cara mencegah kehamilan

Memang menyusu mampu mencegah kehamilan selama 6 bulan, namun anda perlu melakukannya dengan betul.

Cara yang betul ialah dengan menyusu badan secara eksklusif tanpa susu formula langsung, tidak datang haid dan mengambil pil mini dari klinik kesihatan.

9. Cervical cap


Cervical cap adalah sejenis mangkuk kecil yang dibuat dari silikon lembut dan berbentuk topi. Ia harus dimasukkan ke dalam vagina untuk melindungi serviks.

Perlindungan akan diberi pada serviks agar tidak disertai sperma. Untuk lebih berkesan, anda juga diminta untuk menggunakan pembunuh sperma atau spermisida.

10. Kondom

Kondom antara pilihan yang paling mudah dan paling murah juga. Namun, kaedah ini tidak terlalu efisyen kerana keberkesannya hanya sebanyak 60 – 80% sahaja, itupun jika diguna dengan betul.

Boleh gunakan kaedah ini gabung dengan kaedah pertama tadi.

11. Diafram


Seakan sama seperti perancang keluarga jenis span, cincin dan cervical cap, diafram adalah sejenis bekas kecil yang perlu dimasukkan ke dalam vagina.

Ia melindungi serviks.

12. IUD


IUD telah digunakan sejak abad 60-an lagi. Alat ini akan dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih. Ia boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis.

Kaedah ini mampu menghalang kehamilan sebanyak 98%.

Tapi ada kes, boleh berlaku kehamilan walaupun pakai IUD. Tak mustahil ya...

13. Kondom wanita


Jangan terkejut kalau anda baru tahu tentang kondom wanita. Ya, kondom ini khas untuk wanita.

14. Spermisida

Spermisida atau pembunuh sperma dijual dalam bentuk krim, aerosol, atau tablet. Ia memiliki bahan kimia yang boleh membunuh, merencatkan pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma untuk bersenyawa dengan telur.

Spermisida perlu dibiar dalam faraj selama 6 hingga 8 jam tanpa dibasuh selepas seks. Ini agar memastikan sperma mati.

15. Sterelisasi

Sterelisasi adalah satu kaedah kekal bagi wanita dan lelaki. Untuk wanita, saluran fallopio akan diikat atau dipotong bagi mengelak perjalanan ovum.

Bagi lelaki pula vasektomi akan dilakukan di mana saluran vas deferens yang membawa sperma akan dipotong dan diikat.

Istilah orang kita ialah, "tutup kilang". Memang terus tak nak anak dah la kalau guna kaedah ni.

16. Pancut luar

Pancut luar antara pilihan ramai pasangan suami isteri. Namun, cara mencegah kehamilan ini tidak terlalu berkesan. Ramai wanita yang mengadu “termengandung” walaupun selepas tembak luar.

Sebenarnya, pancut luar ada caranya untuk berjaya.

Ini antara perkongsian dan panduan penuh untuk cara mencegah kehamilan yang boleh diamalkan oleh semua pasangan di Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Bincang dan pilihlah jenis perancang keluarga yang berkesan untuk anda sekeluarga. Kerjasama dari suami antara faktor kejayaan dalam merancang kehamilan.

Apa pun, sebijak mana pun perancang kita jangan menolak Allah juga Maha Perancang. Jadi, tiada yang mustahil bagi Dia, secanggih mana pun perancang yang kita pilih.

Kita pilih, kita usaha dan selebihnya tawakal... Insha Allah.

0 Ulasan